Thursday, 15 November 2012

MULUT DAN HATI

ada setengah manusia ada mulut dan hati yang terlampau baik
tapi ada setengah manusia mengambil kesempatan keatas kebaikkan manusia tu
ada setengah manusia yang ada mulut jahat tapi hati baik
tapi setengah manusia mengatakan mereka yang bermulut jahat ini jahat
ada yang sampai kata " kau mulut jahat hati busuk"
bagi aku, biar mulut jahat tapi jangan hati busuk, atau dengan kata lain biar muka tak cantik jangan hati turut tak cantik , ada manusia yang mulut manis, hati busuk. haaa manusia ni yang bahaya. mulut memang baik, tingkah laku baik, tapi hati penuh dengan busuk. mengata orang membabi buta. orang macam ni boleh dibaratkan macam "this person looks like an angel but inside her full of devil"
ada orang senang melemparkan kata-kata yang mengguris hati orang. yag sedihnya bila perempuan sesama perempuan menilai perempuan itu sendiri tanpa melihat diri mereka di cermin. mereka mungkin merasakan diri mereka terlampau baik, merasakan diri mereka angel kerana telah menutup aurat dengan tertutupnya. mungkin mereka terleka, yang mereka riak atas kejayaan mereka berjaya menutup aurat itu. bagi mereka menutup aurat, dengan menutup rambut mereka sudah total mengatakan mereka muslimah berjaya. dan mereka memandang enteng atau memandang keji kepada mereka yang tidak menutup aurat atau dengan erti kata lain tidak menutup rambut. engkau mengatakan engakau menutup aurat dengan memakai baju ketat, seluar ketat, tudung jarang, memakai baju dengan riak untuk orang lain melihat kau cantik, bahasa digunakan tidak menggambarkan diri, memandang jijik kepada mereka yang seksi dengan tidak ada niat untuk membawa rakan kau yang seksi itu kembali ke jalan yang benar ? itu hati yang baik ke ? sebaliknya apa kau buat ? kutuk mereka, menjauhkan diri dari mereka itu. malu aku sebagai rakan kau, malu aku sebagai rakan perempuan kau. cuba kau tarik kawan kau yang hilang arah ni secara perlahan lahan ke arah yang benar, bukan memulaukan mereka. haih ini la manusia, ini la kehidupan. sebab itu, mereka yang tidak menutup aurat takut akan jadi seperti mereka yang sudah bertutup aurat. mungkin kerana mentaliti berbeza. kau duduk di kampung, aku di bandar, tergelak aku bila ada orang mengatakan dekat aku, "tak sangka ada orang macam kau dekat dunia ini, aku ingat aku hanya watak dalam novel" . ini la kehidupan . semakin hari semakin kau besar, pelbagai ragam manusia yang kau akan lihat. contoh, seperti rakan aku ini. dirinya lebih kurang sama dengan aku. masing-masing pernah melakukan dosa yang sama. sebenarnya dia yang lebih awal melakukan dosa itu, tapi kerana diri aku yang di labelkan olehnya terlampau sosial dengan mudah di hina aku dengan memberi aku panggilan "perempuan murah".lihat kan hati dan mulut manusia. lupa untuk mencerminkan diri mereka di cermin besar. dengar kata, dia sudah berhenti melakukan dosa itu, bguslah, tapi jangan sekali sampai menghina orang sebegitu. kau tahu nama orang itu, kau tahu cerita orang itu, tapi kau tidak pernah alami bagaimana nak menghadapi susah senang untuk orang itu menghadapi dugaan dan rintangan untuk teruskan kehidupan di usia muda. ya boleh aku katakan muda, kerana kesilapan orang itu. biasala manusia, bila kita hulurkan tangan saat di terkapai kapai mencari pertolongan dikatakn kawan dunia akhirat bila senang dihina kita lagi. perit memang perit. tapi ditelankan jua untuk hadapi segalanya. hati busuk manusia untuk melihat kebahagiaan orang lain. ini cerita lain, ada dua sahabat baik, baik dan terlampau akrab. mereka di kenali sebagai kembar. sampai orang tertukar nama mereka kerana keakraban mereka. kemana sahaja mereka bersama. kerana cemburu akan kebahagiaan si sahabatnya, dia tekad utk memutuskan persahabatan dengan rakaanya. menghina lagi. mulut dan hati busuk manusia. ada manusia yang sering berbusuk hati dengan menjatuhkan air mata orang. ada manusia senang mengatakan "eh perempuan ni, tak cantik la bajet cantik" bukan nak kata apa. manusia itu cantik hakikatnya. tapi dia mengatakan tidak. kerana apa hati yang busuk mengatakan dan mengutuk orang sesuka hati, cermin diri sbelum mengata atau menyindir.
akhir kata, manusia ini ada pelbagai jenis, mulut dan hati jua pelbagai. mereka melontarkan kata-kata hanya untuk memuaskan hati mereka. ya itu manusia. semakin meningkat dewasa aku, semakin banyak ragam manusia aku kenal, semakin jauh aku merantau semakin terbuka minda aku luas. dulu aku meronta-ronta ingin kan rasa suasana kampung. ya, aku dari bandar, ke suatu bandar, ke bandar akhirnya degree di campakkan ke kawasan kampung. bagi masyarakat kampung kau berpakai baju ketat lengan pendek sependek maunya itu okay as long as kau memakai tudung, tapi bila kau pakai ketat, lengan panjang dan tidak memakai tudung itu okay. nampak tak mentaliti yang berbeza. cara pemikiran jua berbeza, bagi kita ini okay, bagi mereka itu tidak.bagi kita ini tak patut lakukan, bagi mereka ini patut. bukan untuk mengutuk hanya menujukkan perbezaan. aku tidak pernah ada kampung, apa jua rasa duduk di kampung hanya kadang kala pulang ke kampung di melaka untuk perkahwinan sedara jauh. itu sahaja. aku booleh megikut rentak dan adab orang di sini. tapi seperti biasa orang bandar akan di labelkan teruk. itu hakikat. hakikat. maaf bagi sesiapa yang terasa dengan entry kali ini. aku hanya luahkan pendapat melalui penglhatan aku, pengalaman aku. aku hanya menganalisa keadaan sekeliling sahaja. bagi mereka yang ada hati busuk itu, ubah la sebelum semakin busuk. aku sering kali dinasihat kan oleh abah "watch your mouth girl and i know deep inside your heart, you are my little daughter who has pure heart" . so orang yang busuk hati dengan aku, tahniah kerana korang tak pernah dengar kata-kata dari aku. bagi aku maki itu tidak perlu, maki hanya bagai angin lalu. sarcastic lebih makan jiwa. take note that.