Monday 11 March 2013

dua ribu tiga belas

dua ribu tiga belas

dua ribu tiga belas aku mengharap sesuatu lebih baik dari sebelum ni

dua ribu tiga belas aku mengharap lebih senyuman dari tangisan

dua ribu tiga belas penuh dengan harapan pada malam tahun baru ini

dua ribu tiga belas aku mengharap kehidupan yang lebih makna

banyak yang aku mengharap dua ribu tiga belas

malam dua ribu tiga belas. aku baring di atas katil sambil baca novel.  cara aku menyambut malam dua ribu tiga belas

dua ribu tiga belas aku mendapat text dari kembar hati mengharapkan tahun ini lebih baik untuk kami berdua dari tahun sebelum ini

dua ribu tiga belas merupakan kali pertama aku bekerja luar rumah. menjadi promoter berjaya. melihat ragam manusia yang pelbagai. mengajar aku lebih sabar dan tabah meghadapi perangai manusia yang banyak ragam.

dua ribu tiga belas result semester tiga keluar dan result aku alhamdulilah. tiga point tiga tiga. mungkin result ini menyambut kehadiran dua ribu tiga belas sempena semester tiga. semuanya tiga.

dua ribu tiga belas semakin hari kehidupan aku semakin sakit untuk aku lalui.

dua ribu tiga belas, semakin sedih untuk aku lalui. banyak tangisan.

dua ribu tiga belas semakin hari buatkn aku semakin lemah

dua ribu tiga belas sakit yg ditanggung selama ini semakin sakit

dua ribu tiga belas mengajar aku untuk memakai senyuman palsu untuk melihat kebahagiaan yg tersayang

dua ribu tiga belas hati aku menjadi semakin parah lukanya.

dua ribu tiga belas fikiran aku runsing

dua ribu tiga belas aku berasa sendiri menghadapi kau

dua ribu tiga belum setengah aku lalui kau. aku sudah letih.

dua ribu tiga belas mungkin kah ini tahun terakhir aku berada di sini

dua ribu tiga belas. penuhkan la impian aku.

dua ribu tiga belas beri lah kembali kehidupan yang bahagia aku

dua ribu tiga belas hentikan la tangisan aku

dua ribu tiga belas ambil la aku kalau itu yang kau mau.

dua ribu tiga belas aku cuba kuat untuk aku tempuh kau hingga ke hujung

dua ribu tiga belas pulangkan milik aku sebelum ini yang buat aku bahagia

dua ribu tiga belas aku mengharap lebih dari kau

dua ribu tiga belas kau beri aku lebih duka dari bahagia walaupun baru suku aku tempuhi kau